Friday 24 March 2017

HAVE FAITH!

Lihat sesuatu itu dengan mata hati agar segala yang tersirat juga tersurat dapat dizahirkan.
Rezeki Allah itu seluas samudera yang saujana mata memandang.
Jadi usah bimbang.

PENGHUKUM?


Yang sempurna hanya Allah Taala. Sungguh, Maha Sempurna.

HEAL

 Pada waktu kita sudah selesa dengan kedudukan yang baik, kita hanya mencari kenangan yang indah untuk dikenang kembali .

Tetapi, saat semua sudah lengkap, kita terjatuh.
Hilang semua semangat dan tiada kekuatan.
Pada waktu itu, kita perlu bangkit.
Meneliti kesilapan yg lalu. 
Demi bahagia sendiri.

Saturday 18 March 2017

TENTANG DUA RASA


Banyak jalan untuk mengenal Tuhan sudah dihamparkan pada kita, tapi adakah kita memilih untuk menyelusurinya dengan lebih luas? Atau sekadar di pangkal usaha?

Maka yang khayal dek pesona dunia, tidak mungkin memahami rasa, hanya yang menghayati sepenuh raga, dunia itu pada bawah arahannya, bukan dia yang dihambakan dunia.

Friday 17 March 2017

PERFUME


Kalau nafsu lelaki itu wajahnya dizahirkan, pasti rumah wanita itu menjadi perisai yang utama.

Haruman itu harusnya pada lelaki, cukup bagi wanita itu wangian sekadar di hujung jari

Monday 6 March 2017

SATU PENYESALAN

Tahun demi tahun berlalu.
Dan setiap hujung tahunnya kita selalu menuliskan atau menghajatkan atau mencita-citakan banyak target-target dalam hidup kita.

Tapi itu kita jadikan hanya sekadar target sahaja.
Tidak ada usaha dari diri kita untuk mencapai target-target itu.
Sehingga ketika tahun berganti tahun kita mulai menyesal...

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Kebahagiaan itu Allah yang berikan.
Kesedihan juga Allah yang berikan.
Jadi kedua-duanya tidak akan kekal.
Allah akan menggilirkan kebahagiaan dan kesedihan untuk hambanya,
Bertujuan agar tidak bangga dengan nikmat lalu bertindak kufur.
Bertujuan agar tidak larut dengan kesedihan dan terus bersyukur.

Bila bahagia, bahawa cantiknya Allah yang membahagiakan.
Bila berduka, bahawa berkuasanya Allah memberi suka dan duka.

FRESHMINT

Jangan mudah merasa selesa
kerana selesa kini tidak selamanya.
Usaha perlu terus dilipat gandakan menuju impian.
Impian tanpa usaha tidak akan membuahkan sebarang hasil.

Wednesday 1 March 2017

TRUST


Apabila kita diberi amanah bermakna orang sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. Maka laksanakan sebaiknya kerana itu adalah tanggungjawab. Percaya itu mahal harganya. Jangan kerana khianat, orang hilang kepercayaan kepada kita.

BANGKIT


Jika tiba masa rasa hampir putus asa, 
Carilah suatu cara yang boleh membina semula semangat,
Tetapkan semula segala niat dan matlamat,
Agar nanti tiada lagi istilah lelah dan putus asa dalam kamus hidup,
Supaya nanti lebih kuat mengharungi hari mendatang yang semakin mencabar.

Bukan Siakap 3 Rasa


Dalam setiap hubungan, tidak cukup dengan hanya 3 rasa . Cinta ,kasih, dan sayang.

Banyak lagi perlu diaplikasi untuk merasa kebahagiaan sebenar.

Jika menjaga hubungan itu mudah, Tidaklah cinta diibaratkan seperti makan sambal belacan yang sedap dan pedas hingga mengalir air mata tapi masih mahu dimakan juga.

Sunday 19 February 2017

BACK TO ALLAH


Siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Namun, siapa yang gagal selepas dia berusaha. Itu merupakan sebuah ujian yang nikmat bagimu.
Kerana dari situ, tanda bahawa Allah sedang merinduimu.


Perlakuan baik dan buruk suatu pilihan,
Fitrah manusia suka kepada kebaikan,
Andai cinta kepada keburukan lebih mendalam,
Segerakan diri memurnikan hati dengan vitamin rohani.

REDHA


 PERSOALKAN  UJIAN ! KESAL DAN HAMPA !
__________________________________________

Setiap sesuatu ada sebab , dan setiap sebab ada hikmahnya.

Maka, latih diri untuk redha bukan menyalahi takdir Ilahi.

Kehidupan tidak akan lari daripada permasalahan. 
Selagi bernyawa, kita tempuhi. KERANA pasti ada solusi.  

Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud : 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".