Sunday 19 February 2017

BACK TO ALLAH


Siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Namun, siapa yang gagal selepas dia berusaha. Itu merupakan sebuah ujian yang nikmat bagimu.
Kerana dari situ, tanda bahawa Allah sedang merinduimu.


Perlakuan baik dan buruk suatu pilihan,
Fitrah manusia suka kepada kebaikan,
Andai cinta kepada keburukan lebih mendalam,
Segerakan diri memurnikan hati dengan vitamin rohani.

REDHA


 PERSOALKAN  UJIAN ! KESAL DAN HAMPA !
__________________________________________

Setiap sesuatu ada sebab , dan setiap sebab ada hikmahnya.

Maka, latih diri untuk redha bukan menyalahi takdir Ilahi.

Kehidupan tidak akan lari daripada permasalahan. 
Selagi bernyawa, kita tempuhi. KERANA pasti ada solusi.  

Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud : 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu 
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".