Friday, 17 March 2017

PERFUME


Kalau nafsu lelaki itu wajahnya dizahirkan, pasti rumah wanita itu menjadi perisai yang utama.

Haruman itu harusnya pada lelaki, cukup bagi wanita itu wangian sekadar di hujung jari

Monday, 6 March 2017

SATU PENYESALAN

Tahun demi tahun berlalu.
Dan setiap hujung tahunnya kita selalu menuliskan atau menghajatkan atau mencita-citakan banyak target-target dalam hidup kita.

Tapi itu kita jadikan hanya sekadar target sahaja.
Tidak ada usaha dari diri kita untuk mencapai target-target itu.
Sehingga ketika tahun berganti tahun kita mulai menyesal...

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Kebahagiaan itu Allah yang berikan.
Kesedihan juga Allah yang berikan.
Jadi kedua-duanya tidak akan kekal.
Allah akan menggilirkan kebahagiaan dan kesedihan untuk hambanya,
Bertujuan agar tidak bangga dengan nikmat lalu bertindak kufur.
Bertujuan agar tidak larut dengan kesedihan dan terus bersyukur.

Bila bahagia, bahawa cantiknya Allah yang membahagiakan.
Bila berduka, bahawa berkuasanya Allah memberi suka dan duka.

FRESHMINT

Jangan mudah merasa selesa
kerana selesa kini tidak selamanya.
Usaha perlu terus dilipat gandakan menuju impian.
Impian tanpa usaha tidak akan membuahkan sebarang hasil.

Wednesday, 1 March 2017

TRUST


Apabila kita diberi amanah bermakna orang sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. Maka laksanakan sebaiknya kerana itu adalah tanggungjawab. Percaya itu mahal harganya. Jangan kerana khianat, orang hilang kepercayaan kepada kita.

BANGKIT


Jika tiba masa rasa hampir putus asa, 
Carilah suatu cara yang boleh membina semula semangat,
Tetapkan semula segala niat dan matlamat,
Agar nanti tiada lagi istilah lelah dan putus asa dalam kamus hidup,
Supaya nanti lebih kuat mengharungi hari mendatang yang semakin mencabar.

Bukan Siakap 3 Rasa


Dalam setiap hubungan, tidak cukup dengan hanya 3 rasa . Cinta ,kasih, dan sayang.

Banyak lagi perlu diaplikasi untuk merasa kebahagiaan sebenar.

Jika menjaga hubungan itu mudah, Tidaklah cinta diibaratkan seperti makan sambal belacan yang sedap dan pedas hingga mengalir air mata tapi masih mahu dimakan juga.