Apabila kita diberi amanah bermakna orang sudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kita. Maka laksanakan sebaiknya kerana itu adalah tanggungjawab. Percaya itu mahal harganya. Jangan kerana khianat, orang hilang kepercayaan kepada kita.
Wednesday, 1 March 2017
BANGKIT
Jika tiba masa rasa hampir putus asa,
Carilah suatu cara yang boleh membina semula semangat,
Tetapkan semula segala niat dan matlamat,
Agar nanti tiada lagi istilah lelah dan putus asa dalam kamus hidup,
Supaya nanti lebih kuat mengharungi hari mendatang yang semakin mencabar.
Bukan Siakap 3 Rasa
Dalam setiap hubungan, tidak cukup dengan hanya 3 rasa . Cinta ,kasih, dan sayang.
Banyak lagi perlu diaplikasi untuk merasa kebahagiaan sebenar.
Jika menjaga hubungan itu mudah, Tidaklah cinta diibaratkan seperti makan sambal belacan yang sedap dan pedas hingga mengalir air mata tapi masih mahu dimakan juga.
Sunday, 19 February 2017
BACK TO ALLAH
Siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Namun, siapa yang gagal selepas dia berusaha. Itu merupakan sebuah ujian yang nikmat bagimu.
Kerana dari situ, tanda bahawa Allah sedang merinduimu.
Perlakuan baik dan buruk suatu pilihan,
Fitrah manusia suka kepada kebaikan,
Andai cinta kepada keburukan lebih mendalam,
Segerakan diri memurnikan hati dengan vitamin rohani.
REDHA
PERSOALKAN UJIAN ! KESAL DAN HAMPA !
__________________________________________
Setiap sesuatu ada sebab , dan setiap sebab ada hikmahnya.
Maka, latih diri untuk redha bukan menyalahi takdir Ilahi.
Kehidupan tidak akan lari daripada permasalahan.
Selagi bernyawa, kita tempuhi. KERANA pasti ada solusi.
Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 216 yang bermaksud :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".





